Umair Ezz Addin kelahiran Ramadhan

Ustaz Ramadhan Aldin bersama Umair Ezzuddin sejurus selepas kelahirannya

Ustaz Ramadhan Aldin bersama Umair Ezz Addin sejurus selepas kelahirannya

KAHERAH, 12 Julai – Kemeriahan Ramadhan di bumi Mesir bertambah serinya dengan kelahiran seorang mujahid pada 16 Ramadhan 1436 yang lalu. Kelahiran mujahid sulung ini melengkapkan lagi beyt muslim yang dibina pasangan Ustaz Muhammad Ramadhan Aldin bersama Ustazah Natasha Rina binti Tumiran.

Bayi lelaki pasangan mempelai ini telah selamat dilahirkan di Hospital El-Zady, Abbas Aqqad, Madinat Nasr pada jam 7.10 pagi, 3 Julai 2015. Mujahid ini telah dilahirkan melalui kelahiran normal dan direkodkan seberat 3.1 kg.

Sempena genap seminggu kelahiran mujahid ini, Ustaz Ramadhan dan isteri telah mengambil keputusan untuk menamakan putera sulung mereka dengan nama Umair Ezz Addin. Nama Umair telah diambil daripada nama sahabat Umair bin Abi Waqqas yang bersemangat dalam menyertai perang Badar walaupun badannya kecil dan umurnya yang masih muda. Manakala nama Ezzuddin pula diambil daripada Sultonul Ulama Sheikh Ezzuddin bin Abdi Salam yang berani menegakkan hukum Allah walaupun dihadapan pemerintah.

 

Comments

comments

Comments are closed.