wakil-wakilpersatuan mahasiswa bersama TYT Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari (ketiga dari kiri)

Pengerusi i-Medik Mesir hadiri persidangan antara universiti

 

wakil-wakilpersatuan mahasiswa bersama TYT Dato' Ku Jaafar Bin Ku Shaari (ketiga dari kiri)
wakil-wakilpersatuan mahasiswa bersama TYT Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari (ketiga dari kiri) dan pengerusi i-Medik, Muhammad Hatta Bin Hamzah (kelima dari kiri).

KAHERAH, 12 Julai – Persidangan Coordination Mechanisms For New Intake of Malaysian Health Science Students to Egypt Academic Year 2016/2017, yang telah dihadiri Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M), wakil mahasiswa-mahasiswi universiti, wakil kedutaan Malaysia dan wakil kementerian di Mesir telah diadakan pada minggu lepas.

Bertempatkan di Hotel Hilton Ramses, MP3M merupakan satu platform bagi mahasiswa menyatakan idea dan isu berkaitan akademik untuk diketengahkan di peringkat tertinggi. Pertemuan ini dipengerusikan oleh Menteri Penasihat Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim bersama Dekan, koordinator Malaysia beserta wakil universiti yang menempatkan pelajar Malaysia di Mesir. Turut hadir bersama adalah wakil Kementerian Pengajian Tiggi Mesir, Prof Dr Howaida Ismail dan pegawai kanan bahagian wafidin (bangsa luar).

Antara perkara yang dibincangkan bersama wakil pelajar ialah berkenaan hal urusan akademik di unversiti di Mesir. i-Medik Mesir yang merupakan sayap kanan ISMA Mesir telah menghantar wakilnya, saudara Muhammad Hatta Bin Hamzah mengutarakan isu yng berkenaan :

  1. Koordinator khusus untuk mahasiwa Malaysia Al Azhar banin(lelaki)
  2. Kualiti sistem pengurusan Universiti Al Azhar perlu ditingkatkan

Antara wakil persatuan lain yang hadir di persidngan ini ialah wakil ABIM Mesir, kelab IKRAM Mesir dan jawatankuasa DMAK. Majlis Iftar diadakan sejurus selesai pertemuan bersama TYT Duta Besar Malaysia Ke Repubik Arab Mesir dan Palestin Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari.

Comments

comments

admin