Kunjungan rasmi ISMA Mesir ke KBMK

photo_2015-07-09_15-48-35

MOHANDISEN, 9 Julai – Jawatankuasa Pusat ISMA Mesir sesi 15/16 telah mengadakan ziarah mahabbah ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, KBMK pada Selasa yang lepas. Pertemuan hampir satu jam bersama TYT YM Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir & Palestin itu bertujuan untuk memperkenalkan para ahli jawatankuasa ISMA Mesir yang baru.

Pertemuan ini turut membincangkan tentang situasi negara Mesir terkini. Dato’ Ku Jaafar memberi nasihat dan cadangan kepada Jawatankuasa Pusat ISMA Mesir, untuk meningkatkan aspek keselamatan ahli dan aktiviti persatuan.

Rombongan Jawatankuasa ISMA Mesir tersebut diwakili oleh Ustaz Umar Farouq bin Morhalim selaku pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Syed Salahuddin Syed Ayob, setiausaha agung ISMA Mesir dan Ustaz Ahmad Solehuddin Bin Ismail, bendahari kerhormat ISMA Mesir.

Pertemuan ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati ISMA Mesir kepada pihak kedutaan dan Education Malaysia Egypt,  EME.

Comments

comments

Comments are closed.