ISMA Mesir hadir Majlis Berbuka Puasa KBMK

Dari kiri : Nuaim Bin Nasir, ketua ISMA Hayyu Sabie, Faiz Lee Bin Johan Lee, ketua Exco Aktivisme ISMA Mesir, YM TYT Ku Jaafar Bin Ku Shaari dan Amirul Bin Azmi, ketua ISMA Madinah Nasr
Dari kiri : Nuaim Bin Nasir, ketua ISMA Hayyu Sabie, Faiz Lee Bin Johan Lee, ketua Exco Aktivisme ISMA Mesir, YM TYT Ku Jaafar Bin Ku Shaari dan Amirul Bin Azmi, ketua ISMA Madinah Nasr

ABASIYYAH, 29 Jun – Wakil ISMA Mesir telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa KBMK yang dianjurkan YM TYT Dato Ku Jaafar Bin Ku Shaari, duta besar Malaysia di Mesir, yang telah diadakan semalam di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Antara wakil ISMA Mesir yang hadir ialah Faiz Lee Bin Adi Johan Lee, ketua Exco Aktivisme ISMA Mesir, Amirul Bin Azmi selaku ketua Majlis Tertinggi ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr dan Muhammad Nuaim Bin Mat Nasir sekalu ketua Majlis Tertinggi ISMA Mesir syukbah Hayyu Sabie.

Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan juga wakil Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M). Majlis ini juga turut mendapat liputan media daripada syarikat televisyen tempatan, Nile TV.

Comments

comments

admin