Al-Quran ubah paradigma umat – Ustaz Amirul

Ustaz Amirul sedang menyampai Kelas Tafauuq Ramadhan di Beyt Sahabat.

Ustaz Amirul sedang menyampai Kelas Tafauuq Ramadhan di Beyt Sahabat.

MADINAH NASR, 25 Jun – Sebuah kelas Tafaqquh Fiddin bulan Ramadhan anjuran ISMA Mesir cawangan Madinat Nasr telah diadakan di Beyt Sahabat, Hayy Asyir petang semalam 24 Jun.

 

Penyampai adalah Ustaz Amirul Bin Azmi, ketua ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr. Kelas Tafaqquh yang bertajuk “Kupasan Surah Pilihan : Bagaimana Anak Muda Patut Menghidupkan Islam?” membincangkan seputar tafsir surah Al-A’laa.

 

“Al-quran ini adalah satu kitab untuk mengubah paradigma atau tasawwur kita untuk menjadi hamba Allah SWT dan mukmin yang sejati,” kata Ust. Amirul Azmi dalam penyampaiannya di sini.

 

Antara yang menarik dalam kelas tafaqquh kali ini adalah Ustaz Amirul menerangkan bahawa surah Al-A’laa adalah surah Makkiyah di mana isi-isi utamanya adalah isu pembinaan iman. Hal ini menunjukkan bahawa pembinaan iman adalah asas yang sangat perlu ditekankan sebelum apa-apa isu yang lain. “Iman adalah pemisah antara kehidupan Islam dan kehidupan jahiliyah,” tambah Ustaz Amirul.

 

Selain itu, Ustaz Amirul juga mengingatkan lagi bahawa antara sebab kekacauan dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini mungkin adalah disebabkan oleh dosa atau kelalaian yang dilakukan oleh para pendakwah. Oleh itu, seharusnya para pendakwah bertaubat dan muhasabah diri, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

Kelas tafaqquh pada hari ini merupakan salah satu antara siri-siri kelas yang telah disusun oleh ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr dan terbuka buat seluruh mahasiswa Malaysia di Kaherah.

Comments

comments

Comments are closed.