70 mahasiswa hadir Iftar Jamaie ISMA H7

Ustaz Najid sedang memberi tazkirah sebelum tibanya waktu berbuka.

Ustaz Najid sedang memberi tazkirah kepada para hadirin sebelum tibanya waktu berbuka.

HAYYU SABI’, 25 Jun – ISMA Mesir syukbah Hayyu Sabi’ telah mengadakan majlis iftar perdana dengan jayanya kelmarin pada 22 Jun, mengumpulkan sekurang-kurangnya 70 mahasiswa di sekitar Hayyu Sabi’ yang berbeza latar belakang negeri, jurusan pelajaran, umur dan persatuan.

 

Majlis yang bermula pada jam 6.15 petang itu telah dimulakan dengan ucapan kata aluan oleh ketua syukbah ISMA Hayyu Sabi’, saudara Muhammad Nuaim Bin Mat Nasir, penuntut tahun ke-5 di kuliah perubatan Universiti Al-Azhar dengan memberi pengenalan tentang ISMA Hayyu Sabi’, satu lagi syukbah dalam ISMA Meisr yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan yang lalu. Di samping itu beliau juga mengajak semua mahasiswa di Mesir supaya menggunakan peluang menikmati bulan Ramadhan di Mesir dengan sebaiknya dan menjelaskan tentang kepentingan kesepakatan dan keterbukaan dalam kalangan mahasiswa di Mesir.

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Najid Bin Jamalullail, penuntut tahun ke-4 di kuliah Usuluddin syukbah Hadis Universiti Al-Azhar yang telah mengingatkan para hadirin bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Beliau juga menegaskan bahawa bulan Ramadan bukanlah waktu untuk bermalas-malasan dan berehat tatapi bulan ini adalah bulan perjuangan seperti mana zaman para sahabat dahulu menghadapi peperangan Badar ketika berpuasa di bulan ini.

 

Tepat waktu maghrib para hadirin menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan pihak penganjur. Majlis kemudiannya ditutup dengan solat maghrib secara berjemaah sebelum bersurai.

 

ISMA Mesir syukbah Hayyu Sabi’ mengucapkan sejuta penghargaan buat para hadirin yang turut menjayakan iftar jamaie tersebut secara langsung mahupun tidak langsung. ISMA Hayyu Sabi’ mengajak semua mahasiswa di sekitar kawasan Hayyu Sabi’ untuk lebih mengenali ahli ISMA Hayyu Sabi’ dengan lebih dekat.

Comments

comments

Comments are closed.