Hibah Membawa Berkat

IMG-20150623-WA0012

MADINAH NASR, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, wanita ISMA Mesir syukbah Madinat Nasr telah mengambil kesempatan ini mengadakan Hibah Ramadhan (hadiah) semalam.

Aktiviti yang berlangsung sekitar selepas asar ini bertujuan untuk menghidupkan amalan memberi dan bersedekah dalam kalangan ahli ISMA Mesir serta merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli ISMA Mesir dengan komuniti mahasiswi di Mesir.

Aktiviti bermula dengan ahli ISMA Syukbah Madinat Nasr menyediakan juadah ringan untuk berbuka puasa kemudian mengedarkan kepada kenalan dan mahasiswi sekitar Madinat Nasr. Antara hibah lain yang turut disediakan taqweem waktu solat sepanjang Ramadhan dan checklist Ramadhan. Sebanyak 100 bekas yang diisi juadah telah berjaya diedarkan.

Semoga ahli yang terlibat dengan Hibah Ramadhan kali ini mendapat berkat dan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t.

Wartawan : Fathiyyah Tasnim

Comments

comments

Comments are closed.