Ramadhan Mesir Pada Khamis, 18 Jun 2015

 Ramadhan Mesir Pada Khamis, 18 Jun 2015

terawih mesirKaherah, 16 Jun – Darul Iftak Mesir, selaku agensi agama berautoriti di Mesir, mengisytiharkan tarikh 1 Ramadhan 1436 Hijriah bagi kawasan Mesir adalah jatuh pada Khamis, 18 Jun 2015 Masihi. Rakyat tempatan serta warga luar negara di Mesir beragama Islam seluruh negara akan menjalankan ibadah puasa yang mulia, serta bakal menyaksikan pembudayaan bacaan Al – Quran dan amalan sedekah yang luar biasa di kalangan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Ulama Muda Isma Mesir, Ustaz Muhammad Iqwan Bin Ahmad Zaidi , menasihatkan para pelajar Malaysia di Mesir, untuk mengambil manfaat sepenuhnya dari suasana dan budaya Ramadhan yang wujud di bumi Mesir ini. Beliau mengulas ;

“Usaha membimbing perubahan buat umat pada hari ini, memerlukan dokongan yg kuat dari generasi ulama yang berpegang kuat dengan agama dan terdidik dari madrasah ibadah. Oleh itu ramadhan merupakan waktu yg terbaik untuk mempersiapkan diri selaku pelapis ulama akan datang “

Semoga kita berjaya menempuh Ramadhan dengan cemerlang dan memperoleh piala ketakwaan

Comments

comments

admin