Pasangan Mempelai Selamat Diijabkabulkan

IMG_20150531_184330KAHERAH, 31 Mei : Warga ISMA-Mesir mengucapkan sekalung tahniah buat saudara Usaid bin Fakhruddin bersama pasangannya, Dr Wan Nurshahirah binti Wan Azhal yang telah selamat diijabkabulkan pada 31 Mei 2015 bertempat di Wizarah Adl, Tahrir.

Saudara Usaid merupakan pelajar Tahun Akhir jurusan Perubatan Universiti Iskandariah. Manakala pasangannya pula, Dr Wan Nurshahirah merupakan Graduan Perubatan Universiti Ainshams.

Warga ISMA Mesir mendoakan:

“بارك الله لكما وبرك عليكما و جمع بينكما في خير”

Semoga rumahtangga muslim yang dibina memberikan sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diberkati Allah

Seluruh warga ISMA-Mesir mengharapkan agar ikatan yang dibina mampu melahirkan rumah tangga muslim qudwah kepada masyarakat selain sentiasa dilindungi dan berada di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T.

Comments

comments

Comments are closed.