Kebahagiaan tatkala Peperiksaan

11273688_10207090999020341_936485986_nMadinat Nasr, 29 Mei : Sekalung tahniah buat Ustaz Ahmad Naim Mohd Rais, EXCO HED ISMA Mesir bersama pasangannya, Ustazah Siti Khairanie  atas kelahiran mujahid mereka seberat 3.45 kg di Klinik El Zedy, Abbas Akkad, Kaherah sekitar jam 3.30 petang semalam.

Bayi lelaki pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 27 Mei 2015 bersamaan 9 Sya’ban 1436H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahid kecil ini dapat menambah sinar cahaya dan kekuatan buat umat Islam akan datang.

Comments

comments

Comments are closed.