Presiden ISMA lawati cawangan Mesir

11149516_10153804945727846_7704897477130014403_n

KAHERAH, 20 April : Ustaz Abdullah Zaik Bin Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengunjungi ISMA Mesir pada 10 April yang lalu. ISMA Mesir merupakan cawangan ISMA Luar Negara yang pertama beliau kunjungi selepas dilantik sebgai presiden ISMA untuk kali keempat. Keberadaan beliau pada masa yang terhad adalah atas urusan pekerjaan.

Ustaz Abdullah sempat melawati pejabat rasmi ISMA Mesir di Hayyu Asyir bersama barisan Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA Mesir serta berkongsi plan terbaru penambahbaikan, projek unjuran masa hadapan dan bilangan terkini ahli ISMA Mesir yang amat memberangsangkan.

Ust Abdullah juga memuji dan mengharapkan usaha ISMA Mesir dalam memacu dakwah islamiah diteruskan dengan pelbagai penambahbaikan dan kajian yang lebih mendalam dalam menyediakan graduan Mesir yang mampu berdaya saing dan kompeten dalam mengarus perdanakan agenda islam di bumi Malaysia kelak.

Comments

comments

Comments are closed.