Cabaran Bola Jaring Disahut Mahasiswi ISMA Mesir

10428705_10206618301323194_7562651331508751893_n

1509672_10206618295963060_1432579935877436343_nAbbasiyah, 4 April : Cabaran Netball Open Tournament disahut dengan beraninya oleh mahasiswi ISMA Mesir dengan menghantar 2 pasukan untuk bertanding. Bertempatkan di Istad ARMA, pasukan ini berjaya merangkul tempat ke 4 dan ke 5 dalam pertandingan bola jaring ini yang diadakan semalam.

Pertandingan anjuran Siswa Aq Kaherah, Sahabat Daulah ini disertai oleh 7 pasukan yang berlatar belakangkan pelbagai persatuan dan badan kebajikan negeri. Ukhtal Islam dan Ukhtal Qawiyah, 2 pasukan mahasiswi ISMA Mesir bermain dengan cemerlang sekali sehingga semi final.

“Seorang daie itu haruslah bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang dilakukan, hatta bermain sekalipun. Itulah yang dianjurkan oleh Islam dan itulah yang dipraktikkan oleh kami ISMA Mesir”, kata Adibah Zamani, salah seorang pemain.

Penyertaan ini menunjukkan keterbukaan dan kesepakatan ISMA Mesir bersama persatuan lain.

Comments

comments

Comments are closed.