Kelahiran Puteri Sulung yang Dinanti-nantikan

 Kelahiran Puteri Sulung yang Dinanti-nantikan

10628474_925204837530660_5353706823755614778_n

Madinat Nasr, 1 April : Telah lahir puteri sulung bagi pasangan Ustaz Mohd Shairawi bin Mohd Noor dan Saudari Anis Sakinah binti Rosli. Seluruh warga ISMA-Mesir bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran mujahidah yang telah dinanti-nantikan itu.

“بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ”

(Semoga Allah memberkahimu dalam anak yang diberikan kepadamu. Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai dewasa, serta kamu dikaruniai kebaikannya).

جعله الله مباركا عليها وعلى أمة محمد صلى الله عليه وسلم”
(Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi ke atasmu dan atas umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam)

Bayi perempuan mereka itu telah selamat dilahirkan pada 31 Mac 2015 bersamaan dengan 11 Jamadil Akhir 1436H. Kelahiran tersebut bertempat di El Zedy Medical Centre, Madinat Nasr, Kaherah sekitar jam 9:30 malam semalam dengan berat 3.20 kg.

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah sinar cahaya dan kekuatan buat umat Islam serta menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.

Comments

comments

admin