ukhuwwah asas kekuatan ummah

Keteguhan Ukhuwah Membina kekuatan Ummah

Kaherah, 29 Mac : Ijtima’ shahri bulan ini dengan bertemakan “Mumtaz, itulah aku!” telah dihadiri oleh seramai 60 orang mahasiswi ahli ISMA dari Madinat Nasr, Abbasiyah dan Sayeda Zainab. Tema itu dipilih bertepatan dengan musim Imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain bertujuan untuk meniupkan semangat bagi menghadapi musim Imtihan, program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli.

Program ini diserikan dengan persembahan sajak yang bertajuk “Kau Pemudi Harapan Ummah” yang telah dipersembahkan oleh saudari Nurul Afni dan saudari Wan Nurhazila. Saudari Aisha Kamilia Hani turut tampil memberikan sedikit kata-kata taujihat. “Hasil bukan ukuran, tetapi usaha dan doa itulah yang perlu kita lakukan dengan bersungguh-sungguh”, ujarnya semasa bertazkirah.

Slot “Mumtaz, Itulah aku!” telah diisi oleh Saudari Zainun Nadhirah, Tahun 5 Perubatan, Universiti Kaherah. Dalam slotnya itu beliau selaku pelajar Mumtaz, telah berkongsi 4 petua mendapat Mumtaz. Antaranya, memastikan dirinya mempunyai perancangan awal belajar, meneliti isi kandungan buku sebelum menelaah pelajaran untuk mendapatkan gambaran awal, gemar duduk di hadapan dan bergaul dengan pelajar cemerlang. Selain itu, beliau tidak pernah mengabaikan keberkatan daripada ibu bapanya.

Slot ukhuwah pula telah diisi dengan 3 buah permainan iaitu permainan “kenali aku”, permainan “kau milikku” sebuah permainan untuk bertukar-tukar hadiah. Kemudian diikuti dengan permainan “storry teller” dan banyak lagi aktiviti. Program telah dijalankan bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6 petang dengan sambutan hari lahir.

ukhuwwah asas kekuatan ummah
                                      ukhuwwah asas kekuatan ummah

Comments

comments

admin