OMEC 2.0: Aspirasi Tokoh i-Medik Inspirasi Bakal Doktor Ummah

11058813_881266538600763_7459560546010668526_n

KAHERAH, 21 MAC – “ You have to squeeze yourself  “, kata Dr Nujaimin Udin selaku panelis pertama  dalam program OMEC 2.0 semalam.

I-Medik Mesir  telah menganjurkan program Opportunities in Medical Career  Carnival (OMEC) buat kali keduanya di Kasr Al Ainy Conference Centre . Program ini telah menampilkan barisan panelis dari Malaysia yang cukup mantap terdiri daripada Dr. Nujaimin Udin, pakar perunding bedah neuro, Dr. Norhasliza Fauzi, Medical Officer Obstetric dan Gynecology dan Dr. Hairuladha Abdul Razak, pegawai pergigian forensik.

11073133_10206518588631310_2898297745540926972_n

“ Saya melalui jalan yang sama dengan kamu semua lalui. Cuma yang membezakan adalah umur ”, kata Dr. Nujaimin lagi. Beliau telah menyakinkan para peserta OMEC 2.0  bahawa graduan perubatan dari Mesir bukanlah ‘low class’ malahan merupakan houseman officer(HO) yang bagus  kerana akhlaknya. Beliau turut berkongsi tips ‘The Principle of Success’ kepada para peserta yang hadir.

Antara tips yang lain adalah principle of giving, principle of exclusion, principle of creation, principle of visualization, principle of faith and principle of persistent.

10418989_879424072118343_197811346119370966_n

‘ From HO to MO ’, itulah tajuk untuk slot Dr. Norhasliza Fauzi selaku panelis kedua. Beliau telah menceritakan pengalaman dan cabarannya  dalam mencapai  gelaran sebagai Medical Officer(MO). Banyak nasihat yang diberikan olehnya. Antaranya adalah banyakkan buat kes klinikal, be a fast learner dan kita yang kawal diri kita sendiri.

“ Excellent student is not equivalent to excellent doctor. Dan yang penting ,kena tahu yang normal dan abnormal.Kalau tak tahu , kena tanya”.

11062329_880249515369132_1709974268323850876_n

Panelis terakhir yang dijemput ke Mesir adalah Dr. Hairuladha Abdul Razak. Beliau telah memberi semangat kepada para peserta  untuk berani mencabar diri, fokus pada matlamat dan sentiasa mencari pengalaman yang baru. Beliau yang pernah terlibat dalam penyiasatan MH17 yang lalu berharap agar  mahasiswa mahasiswi tidak pernah berhenti untuk belajar.

Pelbagai aktiviti yang menarik turut diadakan  iaitu houseman simulation , FYDO simulation, medical expo dan fiqh perubatan.

Seramai  427 orang peserta telah menyertai OMEC 2.0 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Azmi, pegawai EME. Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

Comments

comments

admin