Pemasyhuran Majlis Tertinggi ISMA-Mesir Syukbah Madinah Nasr bagi sesi 2015/16

Madinat Nasr, 24 Mac : Pilihan raya peringkat syukbah Madinat Nasr bagi sesi 2015/2016 telah dijalankan semalam. Pilihan raya ini adalah bagi pemilihan ketua syukbah dan setiausaha syukbah Madinat Nasr.

Bagi jawatan Ketua Syukbah yang sebelum ini disandang oleh Ustaz Syed Salahuddin bin Syed Ayob telah digantikan oleh Ustaz Muhammad Amirul bin Azmi. Manakala bagi jawatan Setiusaha pula,penyandang bagi sesi yang lepas iaitu Ustaz Muhammad Faiz Lee bin Adi Johan Lee telah digantikan oleh Ustaz Ahmad Nawal bin Mazlan. Manakala di pihak akhwat, Saudari Madeeha Syaheedah binti  Hishamudin dan saudari Amirayul Hidayah telah terpilih menjadi Timbalan Ketua Syukbah dan Timbalan Setiausaha Madinat Nasr bagi mahasiswi sekaligus menggantikan saudari Nahdiyyah binti Rushdan dan Wan Nurhazila binti Wan Azeri pada sesi lepas.

Pilihan raya kecil tersebut telah dilaksanakan selama 2 jam yang bertempat di Pejabat ISMA-Mesir bagi pihak ikhwah dan Darul Hikmah, hayyu ‘asyir bagi pihak akhwat. Seramai 150 orang ahli Madinat Nasr telah menunaikan tanggungjawab mereka memilih pucuk kepimpinan yang baru.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada calon yang terpilih. Semoga tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya berlandaskan al-quran dan as-sunnah.

IMG_0050

Comments

comments

Comments are closed.