Ulama’ Perlu ke Hadapan dalam Masyarakat

KAHERAH, 21 mac 2015 : Mahasiswa jurusan agama khususnya yang sedang belajar di Mesir perlu muncul sebagai tokoh dalam masyarakat bagi melawan gerakan memburukkan ulama’ yang sedang tersebar di Malaysia. Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Ustaz Zamri Hashim.

Beliau menekankan perkara tersebut dalam Majlis Multaqa Asatizah kali ke-2 anjuran Majlis Ulama’ ISMA Mesir. Beliau menambah lagi, cabaran mereka yabg ingin membawa risalah Islam akan lebih besar pada masa akan datang disebabkan kekuatan golongan-golongan yang semakin besar dan berpengaruh melawan kebangkitan Islam di Malaysia.

Salah satu punca perkara itu ialah mereka mendapat dana yang besar daripada dunia, manakala dana golongan Islam hanyalah daripada kocek ahli sendiri. Selain merasmikan Majlis Ulama’ ISMA Mesir, beliau turut memberikan sebuah perkongsian penting kepada ahli ISMA Mesir yang mengambil jurusan agama.

Para peserta multaqa juga disajikan dengan persembahan multimedia video korporat Majlis Ulama’ ISMA mesir serta persembahan nasyid Fetya. Multaqa Asatizah anjuran Majlis Ulama’ ISMA Mesir telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiyah Kaherah.

 


IMG_9915

Comments

comments

Comments are closed.