Pemahsyuran Majlis Tertinggi ISMA-Mesir Syukbah Mansurah sesi 2015/16

14696_10203102693041871_1529956177815283308_nMansurah, 23 Mac – Semalam telah berjalan sesi permahsyuran sesi baru bagi ketua syukbah dan setiausaha ISMA-Mesir Syukbah Mansurah dimana jawatan ini telah disandang oleh Ustaz Siddiq bin Mohd Amin sebagai Ketua Syukbah baru ISMA Mansurah diikuti dengan setiausahanya, Ustaz Muhammad bin Muhammad Hasan.

Sesi ini telah dijalankan di Beit Etihad, Mansurah dengan kehadiran Ustaz Abdul Rahman Bin Raji sebagai wakil Jawatan Kuasa Pusat ISMA Mesir yang mempengerusikan majlis penyerahan fail kepada Ustaz Siddiq dan Ustaz Muhammad.

Dengan tamatnya sesi permahsyuran tersebut, semua ahli ISMA Mesir Syukbah Mansurah mengucapkan tahniah & takziah diatas penyerahan jawatan baru tersebut seraya mendoakan agar Ahli Jawatan Kuasa baru ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi, insyaAllah.

Comments

comments

Comments are closed.