Mahasiswa Beragenda, Peneraju Masa Hadapan

Kaherah, 14 Mac 2015 : Kempen Agenda Ummat sudah melabuhkan tirainya. Kempen ini di akhiri dengan program malam kemuncak yang di adakan di Dewan DaHa, Hayyu Asyir.

Kempen yang diadakan selama dua minggu ini telah menggariskan beberapa objektif. Antaranya ialah :

  1. Menyeru mahasiswa beragenda dalam hidup
  2. Menyedarkan para mahasiswa tentang masalah sebenar dan ancaman jahiliyyah moden
  3. Menyeru Mahasiswa agar bersetuju dengan kesepakatan muslim

Malam kemuncak tersebut menyajikan pembentangan yang menarik daripada 2 mahasiswa berwibawa iaitu Ustaz Amirul Azmi dan Ustaz Ahmad Nawal b. Mazlan.

Ustaz Amirul Azmi menekankan tentang apa realiti sebenar yang dihadapi oleh mahasiswa Mesir. Kehidupan sebahagian mahasiswa yang sekadar menghabiskan kehidupan di Mesir ini dengan bermain permainan video, berjalan dan bersiar-siar, melepak dan lain-lain lagi. Kerana itu, ISMA-Mesir mengadakan kempen seperti ini, menyeru para mahasiswa untuk menyusun hidup dan mengagendakan diri. Di akhir pembentangan beliau, beliau menekankan beberapa aspek yang perlu ade bagi seorang mahasiswa yang berkualiti iaitu berwawasan, berkualiti dan berfikiran jauh.

Manakala pembentang kedua, Ustaz Ahmad Nawal menerangkan beberapa aspek praktikal yang boleh dilakukan untuk menyusun dan menjadi seorang mahasiswa yang lebih beragenda.

Malam kemuncak ini diakhiri dengan ucapan daripada Majlis Tertinggi ISMA-Mesir Syukbah Madinah Nasr dan penyampaian hadiah untuk semua pemenang peraduan yang dianjurkan.

ISMA-Mesir menyeru semua mahasiswa, tidak kira dari mana-mana persatuan agar menyusun agenda hidup dan membina diri ke arah yang lebih berkualiti. Kerana pemudalah harapan bangsa. Satu kata-kata daripada panel Kedua, Ustaz Ahmad Nawal bin Mazlan beliau menyebut, “Jika kita berjaya menyelesaikan masalah para pemuda, Kita akan mampu selesaikan semua masalah negara”.

kempen 1 kempen 2

Comments

comments

admin