Kelahiran Mujahid Yang Dinanti

IMG-20150307-WA0003Madinat Nasr, 8 Mac : Sekalung tahniah buat pasangan Ustaz Mustaqim bin Abdul Rahim dan Ustazah Munawwarah binti Ahmad Dimyati atas kelahiran mujahid mereka seberat 3.15 kg di Hospital Izzudin, Madinat Nasr, Kaherah sekitar jam 4.05 pagi semalam.

Bayi lelaki pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 7 Mac 2015 bersamaan 16 Jamadil Awal 1436H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahid kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.

Comments

comments

admin