ISMA Madinah Nasr Lancar Kempen “20-an Hidup, Bila Nak Function?”

 ISMA Madinah Nasr Lancar Kempen “20-an Hidup, Bila Nak Function?”

10525845_10153021869737846_4754992513796543844_n

 

MADINAT NASR , 26 FEBRUARI : Ikatan Muslimin Malaysia Mesir syukbah Madinat Nasr hari ini dengan jayanya telah melancarkan satu kempen baru, berobjektif dan sangat sesuai dengan realiti mahasiswa di Mesir ketika ini. Kempen Agenda Umat 2015 itu telah dilancarkan pagi ini dengan membawakan sebuah tema tanda tanya sentap, “20-an hidup, bila nak function?”.

“Sesuai dengan keadaan dan suasana sekeliling yang dilalui mahasiswa disini, dari segi budaya hidup sehari-hari, umur muda, kadar penguasaan ilmu ulum syarak dan mediknya, ancaman-ancaman musuh Islam dari dekat ataupun jauh, maka kita memerlukan kembali kepada mahasiswa mahasiswi yang sentiasa sedar. Pertama sedar akan peranannya sebagai seorang hamba Allah yang telah dikeluarkan daripada menjadi hamba manusia atau sistem kepada hamba Allah hanyasanya” ulas ketua Unit Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia Mesir syukbah Madinat Nasr, Muhamad Amirul Azmi ketika ditanya oleh wartawan kami. Beliau merupakan pelajar kuliah Syariah Islamiyyah tahun ke 4 Al-Azhar Kaherah Mesir.

Beliau menambah lagi, keduanya, umum mengetahui mahasiswa atau mahasiswi mempunyai peranan yang cukup teguh dalam memantapkan kekuatan umat Islam di Malaysia nanti. Justeru keberadaan disini (mesir) ketika ini haruslah disedari dengan betul, sentiasa, dan kuat supaya umur muda tidak berlalu seperti angin. Dengan itu kempen “20-an hidup, bila nak function?” diketengahkan.

Antara aktiviti menarik dan mengesani yang akan dijalankan sepanjang beberapa minggu kempen ini adalah : – Kafilah dakwah mahasiswa dan 50 isu – Santai tarbawi – Edaran risalah agenda umat – Siri-siri talk show bersama BKAN – Promosi program menarik anjuran ISMA sepanjang bulan akan datang. – TED talk, “ 20-an hidup, bila nak function?”.

Kesemua mahasiswa dan mahasiswi diseluruh Perlembahan Nil ini dijemput untuk bersama memeriahkan dan mencedok sebanyak mungkin manfaat kearah pembinaan jati diri muslim yang lebih serius.

Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda.

Comments

comments

admin