Rotan : Demokrasi vs Hadith?

 Rotan : Demokrasi vs Hadith?

10635825_10203790179415259_7820759209128851900_n

United Nations General Assembly ( UNGA ) adalah salah satu dari 6 organ terpenting PBB. UNGA adalah satu-satunya badan PBB di mana semua negara mempunyai ‘equality’ atau semua negara mendapat satu undi. Bermakna setiap konvension untuk diluluskan perlu mendapat suara mejoriti. Ia seumpama parlimen dunia.

Resolusinya pada 1989 telah melahirkan Convention on the Rights of the Child ( A/RES/44/25 ) yang menimbulkan isu baru-baru ini. Kesan implimentasi antaranya adalah merotan kanak-kanak dianggap satu jenayah.

Ia menjadi kontroversi kerana bertentangan dengan praktik hadith : “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Kesimpulan:

1. Ia mendedahkan ‘the dark side of democracy’ iaitu kebolehannya menggubal undang-undang walaupun bertentangan dengan Islam. Kemampuannya untuk melantik pemimpin tanpa penumpahan darah diiktiraf, tapi yang ini sudah terlalu parah.

2. Isu Mizan atau kayu ukur :Undang-undang adalah kemuncak tertinggi sejauh mana kayu ukur masyarakat pada akhlak. Jika mengikut kayu ukur Barat gay itu ok, maka perkahwinan sama jantina digazetkan sah.

Pengalaman Barat menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja pada kurun ke-17, serta penderaan anak yang teruk hasil kerja keras ibubapa pasca Revolusi Industri menjadi kayu ukur mereka menggubal Rights of the Child 1989 ini. Bagi mereka merotan anak itu satu penderaan.

Sedangkan hadith telah mengakui bahawa rotan itu satu alat disiplin dan ummat Islam tidak mempunyai pengalaman yang sama dengan Barat. Persoalannya, siapa yang layak menentukan kayu ukurnya adalah yang paling betul dan tepat?

Ustaz Assiddiq Bin Fauzan
Ketua Biro Hal Ehwal Dalaman (HED) ISMA Mesir
Graduan Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar

Comments

comments

admin