Graduan Perkasa Diri Dengan Ilmu

18b4860bb2af24233850bfe1e779f639MADINAT NASR , 23 JANUARI : “Empat K yang menjadi cabaran untuk pulang ke Malaysia adalah kejiwaan, kerjaya, keluarga dan kewangan. Besarkan jiwa, persiapkan minda. Posisikan diri untuk mendepani cabaran yang menanti. “

Berikut merupakan pesanan penting Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib Presiden 1 I-MEDIK yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa ISMA Pusat yang hadir baru-baru ini. Bertempat di Pejabat ISMA Mesir, sesi perkongsian ini diadakan sebagai persediaan graduan yang bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Dr Zainur Rashid turut menyatakan harapan I-MEDIK kepada graduan Mesir untuk berprestasi semasa menjalani latihan HO kelak. Meskipun di celah-celah kesibukan, para graduan harus memperkasa diri dengan kemahiran untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan doktor.

Berminda pemimpin serta berupaya menjadi qudwah kepada masyarakat. Malah, kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menjamin survival kehidupan sebagai doktor yang tidak terhad semasa menjadi HO sahaja, bahkan di peringkat yang seterusnya.

Beliau turut memberi cadangan bidang kepakaran yang diperlukan di Malaysia untuk masa depan dakwah ISMA kelak. Hal ini memotivasikan para graduan untuk bermatlamat tinggi untuk agama, bangsa dan negara. Di samping itu, beliau tidak lokek untuk berkongsi tips pengurusan kewangan dan keluarga semasa HO untuk mendepani fasa baru kehidupan.

Sesi perkongsian ini berakhir dengan pesanan beliau kepada para graduan yang hadir untuk menyiapkan diri menghadapi suasana di Malaysia kelak. ISMA Mesir mendoakan agar para graduan yang hadir mampu menjadi doktor yang terbaik serta pulang membawa harapan baru kepada umat.

Comments

comments

admin