Generasi Muda Harapan Umat

10913149_10205995746159704_41488846_nMADINAH NASR, 14 Januari : “Definisi kejayaan yang sebenar bukan pada kejayaan dalam kerjaya sebaliknya kejayaan itu terletak apabila seseorang itu mampu memahami tugas dakwah yang sebenar dan terus memperbaiki umat ini”

Berikut merupakan pesanan penting Ustaz Abdul Halim Abdullah, pengerusi Biro Penerangan ISMA Malaysia untuk para bakal graduan yang juga aktivis ISMA- MESIR. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa bijak menguruskan antara risalah dan ijazah. Ianya penting demi survival generasi muda yang mewarisi risalah ini dan amanah umat di Malaysia nanti.

Ustaz Halim turut memberi perkongsian pengalaman hidup dan tips untuk merancang kestabilan kewangan, masa depan dan keluarga qudwah.

Sesi perkongsian khas BFG ini ditutup dengan sesi soal jawab daripada ikhwah dan akhwat ISMA Mesir.

ISMA Mesir mengharapkan agar generasi muda ini mampu menjadi doktor qudwah dan sinar baru umat di Malaysia.

Comments

comments

admin