Permata Kedua Ummi Abat

IMG-20141222-WA0003Iskandariah, 22 Disember : Sekalung tahniah buat pasangan Ustaz Syamil bin Esa, ketua biro HRD dan Ustazah Maryam bt Mohd Din, timbalan biro HRD atas kelahiran mujahidah kedua mereka seberat 3.45 kg di Hospital Salama Andalusia, Iskandariah sekitar jam 10 malam, malam tadi.

Bayi perempuan pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 21 Disember 2014 bersamaan 30 Safar 1436H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.

Comments

comments

admin