Musuh Islam kian melampau!-Ketua Wanita ISMA Mesir-

IMG_7131 (2)

Melihat perkembangan Malaysia yang semakin hari semakin kritikal sangat merisaukan saya sebagai mahasiswa. Musuh umat Islam yang sentiasa merancang untuk menjatuhkan Islam semakin berani dan lantang. Mereka menggunakan cara halus dan menipu umat Islam dengan kepelbagaian istilah.

Antara faktor yang menjadikan mereka semakin berani ialah:

1- Rakyat Malaysia yang yang semakin ramai hanyut dan jauh daripada agama ( hedonisme yang membarah, pimpinan yang mempunyai kepentingan peribadi, agenda lain dan sebagainya)

2- Rakyat Malaysia yang memahami Islam, tetapi dalam kerangka pemikiran yang sempit ( tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup seluruhnya, tidak tahu apa yang perlu dipertahankan sebagai muslim di Malaysia, terlibat secara sedar atau tidak sebagai boneka pihak musuh )

Tetapi saya tetap yakin, harapan masih ada buat Islam di Malaysia. Harapan akan terealisasi dengan semaian benih yang benar.

Iaitu benih AQIDAH yang suci.

Risalah AQIDAH adalah risalah utama pengutusan setiap Rasul. Daripada Adam a.s hinggalah Muhammad s.a.w.

Renungilah kisah Maryam ketika melahirkan nabi Isa a.s untuk lebih memahami peri pentingnya AQIDAH.

Maryam melahirkan nabi Isa a.s tanpa seorang bapa dan bernazar kepada Allah s.w.t untuk tidak bercakap dengan sesiapa pada hari tersebut.

Kaum Yahudi lantas mendatanginya dan mempersoal kewujudan bayi tersebut. Maryam menunjukkan bayi tersebut dengan isyarat kerana nazarnya tidak berkata-kata.

Kaumnya lantas meningkah dengan penghinaan: Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil?

Maka dengan izin Allah, nabi Isa a.s yang baru lahir berkata:

‘قال إني عبد الله ءاتني الكتاب وجعلني نبيا # وجعلني مباركا أين ما كنت واوصني بالصلوة والزكوة ما دمت حيا # وبرا بولدتي ولم يجعلني جبارا شقيا # والسلام علي يوم ولدت ويوم أموت ويوم أبعث حيا #

Jika dibayangkan situasi asakan yang diterima Maryam ketika itu, mengapa tidak Isa a.s membela ibundanya dengan penafian hamburan tohmahan puak Yahudi ?

Bahkan nabi Isa a.s terlebih dahulu melafazkan إني عبد الله (Aku Adalah Hamba Allah)

Apa yang boleh difahami dari perkataan nabi Isa a.s berdasarkan kalam pensyarah kami, Dr Abdul Mun’im Fuad ( moga Allah merahmati & memanjangkan umurnya dalam kebaikan )

1- Bagaimana Allah mengajar kita bahawa dalam apa-apa keadaan sekalipun, AQIDAH adalah perkara pertama yang perlu dipertahankan.

2- Kata-kata nabi Isa a.s ini tidak ditulis sama sekali dalam kitab injil walaupun mereka menceritakan tentang kelahiran nabi isa kerana kata-kata ini sudah cukup untuk membuktikan penyelewengan agama Kristian yang berpegang kepada konsep trinity dalam ketuhanan.

Jadi, saya menyeru kepada semua daei yang betul-betul ikhlas untuk kita berganding bahu menyedarkan umat Islam yang semakin celaru aqidahnya, semakin hilang kepekaan dan kepahlawanan terhadap ancaman musuh

Dan saya juga menyeru mereka yang berani bersuara mempersoalkan syariat Allah, untuk memeriksa kembali kebenaran AQIDAH yang dipegang.

Syariat Islam hanya berani dilaksanakan oleh orang yang benar dalam aqidahnya.

Hanya orang yang gagal memahami kebenaran Islam dan pengecut tidak akan berani mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian.

rujuk link:
http://www.ismaweb.net/2014/12/marina-kalau-tidak-bersalah-kenapa-nak-takut-ustazah-norsaleha/

-Ustazah Fadhlin Sakinah bt Mohd Hussaini-
Ketua Wanita ISMA Mesir 2014/2015

Comments

comments

admin