Mumtaz Syaraf Ula, Berpersatuan Bukan Penghalang

 Mumtaz Syaraf Ula, Berpersatuan Bukan Penghalang

IMG_20141212_011543

Kaherah, 11 Disember : Berpersatuan bukan penghalang untuk cemerlang. Itulah ungkapan yang dapat diucap apabila  Al-Fadhil Ustaz Qamarul Naim bin Mohd Faizal mampu meraih keputusan cemerlang di peringkat Sarjana (Master) Universiti Terbuka Amerika dalam Fakulti Syariah Islamiah, di tengah kesibukan beliau berpersatuan. Beliau merupakan mantan Pengerusi ISMA Mesir pada sesi 2013/2014.

ISMA Mesir mengucapkan jutaan tahniah diatas kejayaan AlFadhil Ustaz Qamarul Naim diatas kejayaan beliau sehingga mampu meraih pangkat Mumtaz syaraf ula di dalam munaqasyah tesisnya yang diadakan di Dewan Markaz Solah Kamil, Universiti Al-Azhar. Tesis beliau yang bertajuk ‘يملاسلإا داصتقلإا يف ةيعرشلا دصاقلما ةيرظن’ telah dinilai oleh tiga orang doktor daripada Universiti Darul Ulum iaitu Sheikh Ibrahim  Muhammad Abdul Rahim,Sheikh Muhammad Nabil Ghoneim dan Sheikh Soobir Syed Mohamad Masyali.

ISMA Mesir menyeru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di perlembahan Nil agar memperkasakan diri dari aspek syakhsiah, penguasaan thaqafah dan ilmu syarak. Keaktifan Ustaz Qamarul Naim di dalam ISMA Mesir tidak menghalang cita-cita beliau untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang di dalam bidang akademik. ISMA Mesir mendoakan agar beliau lebih maju di masa akan datang dalam bidang pengajian serta dapat memartabatkan bidang ilmu dengan lebih cemerlang ke peringkat seterusnya.

ISMA Mesir mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi di sini sama ada di peringkat pengajian Islam dan sains kesihatan terus berusaha bagi mencapai cita-cita masingmasing serta menjadikan beliau sebagai contoh bagi meraih kejayaan hingga ke peringkat tertinggi.

Comments

comments

admin