Mujahidah Penyeri Kehidupan

10632874_10205519018361807_2644186163079963482_nAbbasiyah, 25 November : Sekalung tahniah buat pasangan Ustaz Mohd Fauzan B Abdullah dan Dr Nurul Husna Bt Mohd Hashim  atas kelahiran mujahidah sulung mereka seberat 2.5 kg di Hospital Demerdash, Abbasiyah, Kaherah sekitar jam 1.44 am tengah malam tadi.

Bayi perempuan sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 25 November 2014 bersamaan 2 Safar 1436H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.

Comments

comments

Comments are closed.