Kelahiran putera sulung penyeri baitul muslim

dr anas yusoh

Kelahiran zuriat merupakan tujuan utama mendirikan baitul muslim, dan kelahiran mujahid dan mujahidah  merupakan saat yang dinantikan bagi setiap pasangan. Anak-anak juga akan menjadi aset dakwah dan harapan ummah pada masa hadapan.

Tanggal 10 november 2014, baitul muslim pasangan bertuah Mohd Anas bin Yusoh dan Norizan binti Zakaria diserikan lagi dengan kelahiran putera sulung mereka. Kelahiran insan istimewa ini menjadi pemangkin usaha dakwah pasangan ini, dan bayi lelaki sulung ini dilahirkan pada jam 6.10 pagi, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu Kelantan.

Mohd Anas bin Yusoh merupakan mahasiswa perubatan tahun akhir Universiti Al-Azhar dan merupakan seorang aktivis ISMA Mesir dan banyak bergiat aktif melalui iMedik Cawangan Mesir.Diharap kelahiran putera sulung ini menjadikan beliau lebih bersemangat dan bertenaga dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah, dan menjadi isdpirasi kepada seluruh ahli ISMA Mesir untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan dakwah.

Comments

comments

admin