Ijtima’ Syahrie Menyubur Ukhwah Antara Ahli

SONY DSC

Madinat Nasr, 8 November  – ISMA Mesir syukbah Madinat Nasr telah mengadakan program ‘Ijtima’ Syahrie’ pada hari jumaat semalam. Ia merupakan program bulanan yang menghimpunkan seluruh ahli ISMA Mesir di syukbah tersebut. Objektif utama program Ijtima’ Syahrie yang diadakan kali ini adalah untuk memperkasakan dan menguatkan ukhuwwah sesama ahli persatuan ISMA Mesir. Ijtima’ syahri kali ini adalah yang terakhir sebelum memasuki fasa peperiksaan.

Program ini dimulakan dengan ucapan dari wakil Majlis Tertinggi ISMA Mesir syukbah Madinat Nasr, Ustaz Muhammad Amirul Azmi, selaku ketua Biro Dakwah Madinat Nasr, diikuti ucapan wakil Jawatan Kuasa Pusat(JKP) ISMA Mesir iaitu Saudara Muhammad Siddiq Fauzan. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk ahli-ahli ISMA Mesir mengasah bakat dan mengembangkan potensi diri masing-masing disamping melakukan kerja – kerja persatuan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan. Antaranya adalah aktiviti ‘tabadul hadaya’, iaitu pertukaran hadiah antara rumah-rumah ahli ISMA Mesir. Setiap rumah perlu menyediakan satu hadiah untuk diberikan kepada rumah lain. Aktiviti ini bertambah menarik apabila hadiah tersebut tidak akan diberi sebelum para wakil rumah menyelesaikan tugasan yang diberi oleh ahli jawatan kuasa program. Ahli-ahli ISMA Mesir juga telah ditayangkan dengan sedikit tayangan video dan dipersembahkan dengan persembahan nasyid solo oleh kumpulan nasyid Fetya iaitu Saudara Syed Salahuddin, merangkap Ketua ISMA Mesir Syukbah Madinat Nasr. Program ini diakhiri dengan alunan doa rabithah dan doa penutup oleh Saudara Nuaim bin Mat Nasir.
Program ini diadakan di Dewan Daha Hayyu Asyir dengan jumlah kehadiran kira-kira hampir 100 orang ahli ISMA Mesir. Program ini bermula pada pukul 6.30 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Comments

comments

admin