Ijtima’ Shahri Pemantap Ukhuwah

 Ijtima’ Shahri Pemantap Ukhuwah

IMG_20141108_174320Madinat Nasr, 7 Nov: Sebuah perhimpunan bulanan iaitu Ijtima’ Shahri kali ini dengan tema Ihlam Ma’ana mengambil 2 objektif utama iaitu ukhowi dan tampil berani.

Bertepatan dengan tema tersebut, sebuah aktiviti mewarna lukisan telah dijalankan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli di samping mengambil pengajaran disebalik lukisan yang telah diberi.

Sebuah pengucapan awam telah disampaikan oleh saudari Puteri Nurull Sanim Syahamah Shamsudin, mahasiswa Tahun 5 Perubatan Universiti Al-Azhar yang bertajuk “Health Life Style of a Muslimah“. Beliau menegaskan 5 perkara penting iaitu mengamalkan makanan seimbang, pengambilan makanan sunnah, elakkan memakan makanan ringan, hidup aktif serta menekankan amalan-amalan ibadah.

Ustaz Nik Mohd Rafie Nik Zainal Alam, Pengerusi ISMA Mesir tampil mengisi slot JKP kali ini. Beliau telah menyampaikan beberapa pesanan antaranya agar sentiasa berjiwa besar, menjadi seorang yang ke hadapan serta saling tolong menolong sesama sendiri. Tambahan, beliau juga menegaskan supaya mahasiswi sentiasa belajar mengeluarkan pandangan terhadap suatu peristiwa yang berlaku di dalam Mesir serta mengambil pengajaran daripadanya.

Program ini bermula dari pukul 3 sehingga 5 petang yang berakhir dengan sesi ucapan Majlis Tertinggi Cawangan. Seramai lebih 40 orang ahli telah berjaya hadir menjayakan program yang bertempat di Hadiqah Dauliyyah tersebut. Program Ijtima Shahri ini telah dijalankan serentak di seluruh syukbah ISMA Mesir seperti Sayeda-Abbasiyah, Mansoura, Tanta dan Iskandariah.

Comments

comments

admin