AKAL’14 – Menyingkap Kegemilangan Ummat

4_235067842192474113

Iskandariah, 2 November –  “ Allah SWT meminta kita untuk memerhati atau mengimbas peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu supaya kita mengambil pelajaran.” Antara kata-kata yang dikongsi oleh panel Daurah Adakah Kau Lupa(AKAL), saudara Indra Putra Asrar selaku Ketua Syukbah ISMA Iskandariah, dalam mengulas ayat ke-10 surah Muhammad.

Daurah AKAL yang berjalan selama tiga jam telah berjaya memberikan pendedahan kepada mahasiswa di Iskandariah dalam menyelami kegemilangan ummat Islam pada satu masa dahulu. Antara yang menarik adalah perkongsian dari Ustaz Uzair Kamil Saidi tentang jatuh bangun tamadun Islam yang disambung dengan slot keadaan semasa umat Islam pada zaman ini oleh saudara Indra.

Slot terakhir diisi dengan sesi forum dan soal jawab antara panel dan moderator yang disusun berkenaan solusi kepada permasalan umat Islam zaman sekarang. Tidak dapat tidak solusi kepada semua ini adalah dengan tarbiyah syumuliah(menyeluruh) yang merangkumi semua aspek dalam diri seorang manusia itu.

ISMA Iskandariah mengajak dan menyeru kepada semua mahasiswa untuk bersama menjadi batu asas kepada pembinaan umat ini dan bersama dengan ISMA Mesir dalam menjayakan agenda yang cukup besar ini. Sesungguhnya masa depan umat islam yang gemilang bergantung kepada berdirinya tubuh-tubuh pemuda pemudi islam mengamalkan serta mengajak masyarakat sekitarnya ke arah islam yang sebenar.

Program telah dijalankan di Beit Villa D’Bayu pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Program yang terbuka kepada umum ini rata-ratanya dihadiri oleh pelajar perubatan tahun satu ISKANDARIAH. Turut terkandung dalam program adalah pengenalan pakej-pakej yang disediakan ISMA-Mesir dalam slot ke-3 forum Tak Kenal Maka Tak Cinta(TAKEMATACI).

Comments

comments

admin