Ijtima’ Soifi 2014 Perteguh Ukhuwah Ahli

IMG_354766508366209Baltim, 25 Oktober : ISMA Mesir sekali lagi telah berjaya melakar sejarahnya dengan menganjurkan program ‘Ijtima’ Soifi 2014′. Program ini berjaya mengumpulkan kira-kira 400 orang ahli ISMA Mesir yang berada di seluruh pelusuk Mesir.

Ijtima’ Soifi kali ini diadakan di pantai Baltim bermula pada jam 11.00 pagi 24 Oktober sehingga jam 4.00 petang keesokan harinya. Tema Ijtima’ kali ini adalah ‘Di sini Bermula’, bermakna di sinilah permulaan kepada perjalanan panjang yang menuntut kesabaran dan ketabahan sebagai mahasiswa yang juga daie.

“Objektif program Ijtima’ Soifi kali ini meletakkan ‘ukhuwah’ sebagai salah satu objektif paling besar, supaya semua peserta fokus mencapai objektif ini”, kata saudara Muhamad Nuaim bin Mat Nasir selaku pengarah program.

Aktiviti telah dimulakan dengan ‘ice breaking‘ dan disusuli dengan aktiviti ‘Princess in Progress’ untuk peserta perempuan. Disebelah malam pula, peserta lelaki berkumpul sambil melakukan aktiviti santai manakala di sebelah peserta perempuan telah diadakan ’Princess Night’ yang berkisar tentang tokoh wanita. Sukaneka menjadi aktiviti kemuncak kali ini.

Dalam majlis penutup, Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz  Nik Muhammad Rafie telah memberi ucapan ringkas dibahagian peserta lelaki. Beliau menegaskan bahawa ukhuwah yang diikat dengan kepentingan aqidah dan iman lebih kuat berbanding ikatan lain yang berkumpul atas kepentingan dunia. Beliau juga berpesan agar para duat dapat menyeimbangkan antara fikrah dan fitrah.

“Saya harap ijtima’ ini akan dapat mengukuhkan ukhuwah antara kita dan memberikan kekuatan kepada semua untuk terus sabar dan tsabat dalam menempuh jalan ini”, kata Ustazah Wafa’ Abdul Halim selaku Timbalan Ketua Wanita ISMA Mesir dalam majlis penutup peserta perempuan.

Harapan agar semua ahli ISMA Mesir dapat memanfaatkan peluang ini serta lebih bersemangat meneruskan perjuangan dengan ukhuwah yang lebih erat.

Comments

comments

admin