Solidariti Untuk Tuan Presiden

 Solidariti Untuk Tuan Presiden

10576308_896514213700064_303420381_o
Kaherah, 11 Oktober : ISMA-Mesir cawangan Madinah Nasr telah mengadakan solat hajat sebagai tanda solidariti semua ahli kepada Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. Beliau telah dikenakan 4 pertuduhan atas ucapan beliau baru-baru ini. Solidariti ini bukan sahaja tanda sokongan ahli ISMA-Mesir kepada Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), namun juga sebagai tanda ketegasan pendirian semua ahli terhadap pentingnya memelihara kemuliaan agama Islam.

Majlis diserikan dengan kehadiran semua ahli jawatankuasa ISMA-Mesir termasuk pengerusi ISMA-Mesir, Ustaz Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam. Majlis turut diserikan dengan sedikit penerangan tentang kes ini oleh Ustaz Abdur Rahman bin Raji, Ketua Biro Latihan dan Program ISMA-Mesir. Beliau turut menyatakan bahawa, jalan dakwah ini tidak akan dihamparkan dengan permaidani merah, namun bakal diuji dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Beliau menambah lagi, pertembungan ini jelas menunjukkan peristiwa ini bukan sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan antara kelompok Islam dengan golongan pelampau yang jelas ingin menghancurkan Islam. Di akhir kalam, Ustaz Abdur Rahman mengingatkan bahawa perlunya kita untuk bergerak dan berjuang dengan penuh terancang agar memperoleh hasil yang lebih padu dan jitu.

Solat sunat hajat pada kali ini telah diimamkan oleh Ustaz Syed Salahuddin Bin Syed Ayob, Ketua Syukbah ISMA-Mesir Cawangan Madinah Nasr. Kemudian sedikit bacaan doa oleh Ustaz Uzair bin Yusof. Dalam doa tersebut, beliau mendoakan agar ikatan sesama kaum muslimin lebih utuh, dan Allah menghapuskan segala tipu daya oleh pihak kuffar di Malaysia. Di akhir program, sedikit video solidariti oleh semua ahli ISMA-Mesir CawanganMadinah Nasr dengan “tagline”, Kami menyokong penuh tuduhan keatas Ustaz Abdullah Zaik digugurkan.

Comments

comments

admin