Akhawat Cemerlang Rahsia Kebangkitan

1654216_10205178738415021_7495289501810916274_n‘Akhawat Cemerlang Rahsia Kebangkitan’, begitulah tema yang dipilih untuk Ijtima’ Shahri mahasiswi syukbah Madinat Nasr bulan ini. Bertempatkan di Hadiqah Al-Azhar, Ijtima kali ini berobjektif memberi nafas baru kembali ke kuliah, mendidik mahasiswi yang seimbang dan professional serta memupuk ukhuwah.

Ijtima ini juga diserikan dengan kehadiran wakil JKP ISMA-Mesir, saudari Wafa Abdul Halim. Beliau mengatakan dalam ucapannya, “Rasulullah telah mengajar kita empat sunnah baginda dalam kehidupan. Yang pertama, menuntut ilmu mealui wahyu ‘Iqra’ ‘. Kedua, menyampaikan ilmu itu kepada orang lain. Ketiga, mencintai saudara seislam kerana aqidah. Dan yang terakhir ialah hidup dalam berjemaah sesuai dengan hadis baginda, “ Janganlah kamu hidup sendirian seperti seekor kambing terasing dari kelompoknya dan akhirnya dimakan oleh serigala.”.”

Pelbagai aktiviti yang menarik yang dijalankan seperti membawa masakan mengikut tema buah-buahan yang diberikan, kuiz tentang isu semasa, dan sambutan hari lahir. Di samping itu, wakil Biro Latihan dan Kepimpinan juga tampil memberi penerangan tentang profesionalisme dalam sesuatu program.

Program ini bermula dari jam 3 petang sehingga 8 petang. Seramai 60 orang mahasiswi ISMA-Mesir yang hadir pada ijtima kali ini.

Comments

comments

admin