Pengorbanan Lambang Ketakwaan

 Pengorbanan Lambang Ketakwaan

IMG_255517760093763ISKANDARIAH, 6 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Iskandariah telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha untuk mahasiswa mahasiswi di sini.

Sambutan Aidil Adha kali ini adalah bertemakan “At-Tadhiyyah Ramzu At-Taqwa” ( Pengorbanan lambang ketakwaan ). Kedua-dua majlis mendapat sambutan meriah dengan jumlah kehadiran seramai 50 orang, mahasiswa mahupun mahasiswi.

“Ibadah korban adalah perintah Allah dan pentingnya buat kita sebagai hamba-Nya untuk mematuhinya kerana ia adalah syiar Islam”, katanya Ustazah Nur Diana Azamuddin. Beliau telah menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Kisah Cinta Terhangat’ yang berkisarkan kisah cinta Nabi Ibrahim terhadap penciptanya, Allah.

“Ketaatan seorang hamba hanya kepada Allah SWT adalah perkara penting yang perlu diambil tahu”, ujar Ustaz Uzair Kamil. Beliau ditaklifkan sebagai pentazkirah Tafaqquh untuk majlis mahasiswa.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran mahasiswa dari persatuan-persatuan yang berada di Iskandariah seperti HaluanSiswa Iskandariah dan Kelab UMNO Damanhur. Majlis dimeriahkan lagi dengan bacaan al-Quran dan persembahan nasyid daripada ahli-ahli ISMA Mesir.

Comments

comments

admin