ISMA Mesir Sambut Korban dengan Meriah

 ISMA Mesir Sambut Korban dengan Meriah

korban1

ISMA Mesir telah menyambut ibadah qurban besar-besaran bersama ahli-ahlinya yang melakukan ibadah korban. Sebanyak 23 ekor kambing dan seekor lembu telah ditumbangkan pada pagi 10 Zulhijjah.Selain daripada binatang korban, terdapat juga 3 ekor kambing yang disembelih untuk aqiqah. Kesemua urusan binatang korban tersebut seperti menyembelih, melapah dan memotong daging telah diuruskan sepenuhnya secara gotong-royong oleh ahli ISMA Mesir.

Meskipun yang tumpah ke tanah ialah darah dan yang diagih-agihkan ialah daging sembelihan, namun nilai sebenar pengorbanan adalah pada ketaqwaan seorang hamba kepada Tuhannya. Perkara yang sangat penting itu telah diperingatkan kepada mereka yang terlibat dalam ibadah korban ini.

Majlis yang berterusan dari pagi sehingga ke petang itu berjalan dengan lancar, malah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli yang telah berhempas pulas mengerah tenaga untuk menjayakan majlis. Seluruh lapisan generasi ISMA Mesir telah turun bersama-sama mengambil peranan tanpa mengira jawatan ataupun umur.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan untuk menghargai hasil titik peluh mereka yang telah bergotong-royong bersama-sama.

Comments

comments

admin