Mujahidah yang Dinanti-nantikan

 Mujahidah yang Dinanti-nantikan

10689446_10205087229287350_5893855973915342698_n

Sayeda Zainab, 3 Oktober : Sekalung tahniah buat ketua Biro Media ISMA-Mesir, Dr Syed Anas Syed Ismail  dan pasangannya, Dr Raja Atiqah Raja Abdul Rahman atas kelahiran mujahidah sulung mereka seberat 3.2 kg di Hospital Muhd Ali Badawi, Abbas Aqad, Kaherah sekitar jam 7.20 malam semalam.

Bayi perempuan sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 2 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi penerus rantaian dakwah di bumi Mesir dan Malaysia kelak.

Comments

comments

admin