Mujahid Mujahidah Sinar Harapan

Presentation1

Sekalung tahniah buat dua pasangan atas kelahiran mujahid mujahidah sulung mereka.

Pasangan Ustaz Abdullah Hillmee Rifin dan Amalina bt Abdul Rahman dikurniakan bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada 27 September 2014 sekitar jam 5.30 pagi. Mujahid kecil itu dilahirkan di Hospital Huwaidi,Tanta.

Bagi pasangan Dr.Mohammad Zul Azri bin Mohammad Zaimi dan Fatin Ayyuni bt Mohamad Lazim pula, mereka dikurniakan bayi perempuan yang telah selamat dilahirkan pada Jumaat, 26 September 2014. Mujahidah permata itu disambut sekitar jam 12 tengahari di Hospital Almas, Mansurah.

Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan dua kelahiran ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat atau matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahid mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi penerus rantaian dakwah di bumi Mesir dan Malaysia kelak insyaAllah.

Comments

comments

Comments are closed.