Ketibaan Permata Yang Dinanti

 Ketibaan Permata Yang Dinanti

10313179_805057789545366_3234424091734904647_nKAHERAH, 10 September : Telah tiba permata yang dinantikan. ISMA Mesir mengucapkan sekalung tahniah serta mengalu-alukan ketibaan mahasiswa mahasiswi baru ke Ardu Kinanah Mesir. Kehadiran ini membawa sinar harapan buat bumi Mesir.

Rombongan yang baru tiba ini telah dikendalikan oleh Mumtaz. Mumtaz merupakan sebuah agensi dibawah kelolaan Biro Luar Negara ISMA yang dikhususkan untuk penghantaran pelajar-pelajar ke Timur Tengah.

Antara Jawatankuasa Pusat ISMA Mesir yang mengiringi ketibaan ini Ustaz Nik Muhammad Rafi’e selaku Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Ahmad Farhan Timbalan Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Ahmad Syamil Esa, Saudara Ahmad Fahmi dan Ustazah Maryam Mohd Din.

Harapan ISMA Mesir agar kehadiran mereka ini bakal melahirkan lebih ramai lagi pelapis ulama faqih ulum syara’ yang mampu memimpin dunia dimasa hadapan bahkan dapat menambahkan kekuatan buat ummah.

Comments

comments

admin