Kemalangan Mahasiswa Zaqaziq.

Zaqaziq, 6 September – Satu kemalangan yang melibatkan beberapa mahasiswa mesir telah berlaku di Bilbes, As-Sharqiah kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5:30 pagi tersebut, para mangsa Muhammad Syafiq bin Abdullah Hashim,Muhammad Miftahuddin bin Sufiyan, Shukri Muslim Maulana bin Mohd Anuar dan Muhammad Aizuddin bin Abdul Razak dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari lapangan terbang kaherah.

Menurut sumber, teksi yang dinaiki para mangsa berpusing apabila tayar kenderaan tersebut pecah dan menyebabkan pemandu hilang kawalan. Salah seorang mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan menyebabkan kecederaan serius di bahagian kepala dan tulang belakang.

Setelah kejadian, para mangsa terus dibawa ke Hospital Bilbes, seterusnya dipindahkan ke Hospital Universiti Zagazig. Dua daripada mereka, saudara Shukri Muslim Maulana dan Muhammad Aizuddin telah dibenarkan pulang manakala dua lagi sahabat mereka, saudara Muhammad Syafiq di tahan dalam Unit Tahanan Rapi(ICU) kerana mengalami kecederaan yang serius, manakala saudara Miftahuddin dimasukkan ke dalam wad biasa.

ISMA-Mesir mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga. ISMA-Mesir juga mengajak semua rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan dan kesembuhan mereka. Semoga mangasa dan keluarga terus tabah dan kuat untuk menghadapi ujian susunan Allah ini.

اللَّهُمَّ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِي إِلاَّ أَنْتَ وَلاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغاَدِرُسَقَماً

Semoga mangsa dipercepatkan proses penyembuhan dan dapat menjalani kuliah untuk sesi hadapan tanpa sebarang masalah.

Comments

comments

Comments are closed.