Mahasiswi Diragut, Waspada Perlu Ditingkat

IMG_47287052554371Madinat Nasr, 22 OGOS : Seorang mahasiswi telah diragut di sebuah jalan yang digelar Jalan Harami (pencuri) oleh penduduk setempat di Toob Ramli, Hayyu Asyir. Kejadian berlaku antara jam 3.00 – 4.00 petang, kelmarin.

Mangsa kejadian, Nur Wahidah Mohd Noor melaporkan bahawa beliau telah diragut oleh seorang pemuda dalam lingkungan 20-an. Beliau pada ketika itu bersama dengan seorang rakannya telah mencurigai 2 orang pemuda yang mengekori mereka dari rumah hingga ke tempat kejadian. Mangsa telah mengambil langkah berjaga dengan memeluk beg dengan erat tetapi salah seorang daripada pemuda tersebut berjaya meragut beg mangsa apabila mangsa kurang berwaspada ketika mengelak daripada lopak air.

Peragut itu cuba dikejar oleh beberapa orang mahasiswa namun kelibatnya tidak dapat dikesan setelah melepasi simpang tiga. Mangsa kehilangan dua buah telefon bimbit, kunci rumah dan 70 LE.

ISMA-Mesir menyeru semua mahasiswa agar lebih berwaspada dan sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan khususnya dalam keadaan Mesir yang masih bergolak.

Comments

comments

Comments are closed.