Islam: Anugerah yang perlu dipertahankan

 Islam: Anugerah yang perlu dipertahankan

4_15645676801097729

Islam adalah anugerah yang perlu kita pertahankan, malah dituntut untuk kita merasa bangga dengannya. Begitulah yang ditekankan oleh Saudara Anas Alwi ketika membentangkan pengisian Kelas Sejarah Siri 2 yang bertajuk “Aqbat, Ummat tauhid sebelum Kedatangan Nabi Muhammad SAW”.

Ketika memulakan pengisian, beliau telah menyeru supaya mahasiswa di Mesir memanfaatkan keberadaan mereka di Mesir untuk mengkaji asal-usul dan sejarah tamadun bangsa di negara ini.

Pengisian yang berlaku selama 2 jam itu mengupas secara terperinci ciri-ciri dan sifat ummat tauhid sebelum kedatangan nabi Muhammad serta bagaimana agama Nasrani yang dikenali sekarang sebagai kristian telah diselewengkan. Beliau juga menceritakan secara terperinci bagaimana tokoh-tokoh pejuang agama tauhid mempertahankan risalah sehingga ke titisan darah terakhir mereka.

Kelas Sejarah anjuran Biro Akademik ISMA Syukbah Madinat Nasr adalah satu program ilimiah yang diadakan bagi membentuk intelek ahli ISMA Mesir serta menambah pengetahuan am bagi membina jiwa mahasiswa yang berkualiti dan beragenda.

Comments

comments

admin