Kafilah Dakwah Mentajdid Pandangan Terhadap Kemerdekaan

811130565_52808

Madinat Nasr, 17 OGOS : Sempena memperingati Hari Kemerdekaan yang
ke-57,ISMA Mesir cawangan Madinat Nasr telah mengadakan tinjauan
secara rawak dengan mengedarkan borang tinjauan sempena Hari
Kemerdekaan dan risalah-risalah yang berkaitan dengan slogan “Melayu
Sepakat Islam Berdaulat”. Tinjauan itu diadakan di kawasan sekitar hayyu
asyir dan hayyu sabi’.
Lebih daripada 30 orang ahli ISMA Mesir telah menyertai tinjauan ini.Hasil
daripada tinjauan yang diperolehi,rata-rata mahasiswa yang di
temuramah bersetuju dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

Program tersebut bermula dengan taklimat ringkas kepada para peserta
dan diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Nawfal Fathel. Di dalam
tazkirah tersebut,Ustaz Nawfal menegaskan bahawa para daie perlu
sentiasa yakin semasa berjumpa dengan masyarakat di samping
mempamerkan akhlak dan personaliti yang menarik.
Program tersebut bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada
pukul 9.30 malam.

Comments

comments

admin