Jaulah Ukhawi Mantapkan Ukhuwah Ahli ISMA Mesir

berita Jaulah Ukhawi 2014

 

Madinat Nasr, 15 Ogos:  ISMA Mesir Syukbah Madinat Nasr dengan jayanya telah menganjurkan Jaulah Ukhawi 2014. Bertempat di Ain Sukhnah, jaulah itu telah berjalan dari pukul 8.30 pagi sehingga maghrib. Seramai 60 orang ahli ISMA telah menyertadi jaulah tersebut.

Ketika Majlis Pembukaan, Pengarah Program, Ust Nawal Mazlan menegaskan bahawa jaulah yang dirangka khas untuk ahli ISMA Mesir ini bukan hanya sekadar untuk mengisi masa kosong ahli semasa cuti musim panas ini, bahkan ini adalah satu medium untuk merapatkan ukhuwah antara ahli. Tambahnya lagi, ukhuwah merupakan asas yang paling teguh dalam menjamin langkah perjuangan ISMA pada masa hadapan. Ust Andrianto ketika berucap sebagai wakil Majlis Tertinggi ISMA Madinat Nasr juga telah meminta setiap ahli mengorbankan sesuatu untuk ukhuwah ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada awal pagi sebelum solat zohor. Antaranya ialah permainan “li-taarafu” dan sengatan ular air beracun. Sorakan gembira dan keceriaan jelas tergambar pada wajah ahli ISMA Mesir yang turut serta dalam permainan. Selepas solat zohor dan sedikit jamuan ringan, para peserta disediakan lagi dengan permainan yang menarik, menguji minda dan mencabar ketahanan fizikal. Permainan yang dimaksudkan ialah Gigantic Chess dan Perang Amfibia. Meskipun nampak keletihan, namun keriangan jelas terpancar di wajah para peserta terutamanya setelah dihidangkan dengan ayam panggang yang telah dimasak oleh Ahli Jawantankuasa Jaulah sejak pagi.

Sebelum pulang, ahli ISMA Mesir sempat mendengar ucapan terakhir daripada Ust Buraidah Al-Aslami yang akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Ucapan nasihat daripada orang yang sudah lama berlajar di Mesir sangat diperlukan oleh ahli ISMA Mesir sebagai panduan hidup.

Comments

comments

admin