Majlis Penyerahan Alat Bantuan IT: Seruan kebersamaan EME selari dengan seruan ISMA Mesir

10511660_919304468086905_8427990951999410976_o

KAHERAH, 12 Ogos: Seruan kebersamaan Menteri Penasihat (Pendidikan) KBMK selari dengan seruan ISMA Mesir. ISMA Mesir sebagai sebuah persatuan pelajar yang berdaftar di perlembahan Nil ini menyambut baik seruan Menteri Penasihat (Pendidikan) KBMK, iaitu YBhg Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim ke arah kesepakatan antara pertubuhan pelajar di yang berada Mesir. Seruan tersebut telah dilontarkan oleh YBhg Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim ketika memberikan ucapan dalam Majlis Penyerahan Alat Bantuan IT kepada Persatuan-persatuan Pelajar di Mesir bersama pimpinan persatuan-persatuan pada 7 Ogos baru-baru ini yang bertempat di ARMA.

Beliau turut menekankan di majlis yang dihadiri wakil-wakil pertubuhan pelajar seperti ISMA, ABIM, PMRAM, PERUBATAN, IKRAM dan BKAN negeri tersebut, bahawa punca utama kelamahan umat Islam di seluruh dunia adalah kerana kumpulan-kumpulan umat islam hanya berjuang untuk untuk diri mereka masing-masing sahaja tanpa melihat kepada maslahat umum keseluruhan umat Islam. Selain itu juga, punca utama perpecahan yang berlaku ialah memandang kumpulan lain yang berbeza cara dan ideologi sebagai ancaman. Tambah beliau lagi, sepatutnya antara persatuan seharusnya mencari nilai dan titik – titik persamaan disebalik jurang-jurang yang banyak antara kelompok-kelompok demi maslahah umum masyarakat islam secara keseluruhan.

ISMA Mesir memandang baik seruan ini bahkan inilah yang diseru oleh ISMA Mesir dalam empat seruan ISMA Mesir sejak awal penubuhan lagi . Intipati penyampaian ini seharusnya dihayati oleh semua persatuan pelajar di Mesir bagi memberi nafas baru dalam dunia aktivisme di Mesir. Majlis yang bermula pada pukul 3 petang tersebut menyaksikan penyerahan alat peralatan IT sumbangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berupa satu set komputer dan printer kepada persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir. Majlis tamat pada pukul 5.30 petang.

Comments

comments

Comments are closed.