Sambutan Hari Raya Aidilfitri Eratkan Hubungan antara Mahasiswa Mesir

IMG_0609
Rabu, 30 Julai- Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, ISMA Mesir telah menjayakan Sambutan Aidilfitri ISMA Mesir (SAFI) pada hari ini. Majlis yang dibuka jemputannya kepada seluruh mahasiswa di Mesir ini bertemakan “Seindah Kemenangan Setulus Kemaafan”. Menurut Pengarah program kali ini, Ustaz Naim Saiden, objektif utama penganjuran Sambutan Aidilfitri ISMA Mesir (SAFI) 1435 H ini adalah untuk mengeratkan hubungan mahabbah dan ukhuwah antara mahasiswa Malaysia yang ada di Mesir tanpa mengira perbezaan persatuan.

Jemputan kehadiran ke majlis jamuan ini telah dihantar ke seluruh persatuan mahasiswa Malaysia yang ada di Mesir serta Badan Kebajikan Rumah Negeri. Sebahagian daripadanya telah sudi hadir ke majlis ini menandakan sifat keterbukaan dan matang yang ada dalam diri persatuan mahasiswa tersebut. Hal ini merupakan satu perkara yang sangat baik dalam masa depan perjalanan aktivisme mahasiswa yang ada di bumi Mesir ini.

Sejak dari awal penubuhannya, ISMA Mesir sentiasa menyeru semua mahasiswa untuk berfikiran terbuka dalam menguruskan perbezaan pandangan yang berlaku di kalangan mahasiswa. Di samping itu, ISMA Mesir juga menyeru perpaduan dalam kalangan mahasiswa tanpa mengehadka kepada mana-mana latar belakang persatuan selagi mana perkara itu dijalankan atas dasar kebaikan dan ketaqwaan. Majlis yang bermula meriah sejak awal pagi itu tamat lebih kurang pada pukul 5 petang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Wakil Kehormat Kedutaan Malaysia ke Mesir, TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari serta Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim.

IMG_0715

SONY DSC

Comments

comments

Comments are closed.