Sambutan Malam Raya dan Hari Raya ISMA Iskandariah

 Sambutan Malam Raya dan Hari Raya ISMA Iskandariah

IMG-20140730-WA0001

ISKANDARIAH, 27 Julai 2014: Mahasiswi ISMA Iskandariah telah menghidupkan malam raya Aidifitri dengan mengadakan majlis khatam Al Quran dan sesi tazkirah yang bertajuk ‘ Minal Aidin wal Faizin ’ yang telah disampaikan oleh ukhti Nurul Nadia Ashri. Majlis kemudian diteruskan dengan gotong-royong dalam menghias dan menyiapkan juadah untuk Aidilfitri keesokan harinya.

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِوَلَيْلَةَ الْأَضْحَى , لَمْيَمُتْ قَلْبُهُ يَوْم تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“ Barangsiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha, nescaya hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati ”.

Usaha ISMA Iskandariah untuk menghidupkan malam raya adalah bertitik tolak daripada hadis ini agar adat dan kebiasaan orang Melayu untuk lebih menumpukan pada persediaan seperti baju raya, kuih raya, juadah raya dengan tidak mengabaikan aspek keimanan dalam menghidupkan malam raya ini.

Tema sambutan raya pada kali ini ialah ‘ Kemenangan Dirai, Kesederhanaan Dihayati ’. Tema ini dipilih bagi mengingatkan para mahasiswa agar tidak berlebih-lebihan dalam meraikan aidilfitri sebagai solidariti kepada saudara-saudarakita di Palestin yang sedang mengalami peperangan. Majlis kemudian diteruskan dengan majlis sambutan hari raya pertama pada keesokan harinya yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 2 petang.Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 35 orang mahasiswi Iskandariah . Pelbagai juadah telah disediakan. Beberapa aktiviti juga telah diadakan seperti permainan regu bertemakan Aidilfitri.

Harapan agar Aidilfitri kali ini lebih mengeratkan ukhuwah sesame mahasiswi Iskandariah. Marilah kita buang yang keruh, ambil yang jernih.

Wartawan: Syazana Aqilah Zulfaka

Comments

comments

admin