Sesi Perkongsian Bersama Doktor Pakar Wakil Misi Kemanusiaan

IMG-20140726-WA0008

MADINAT NASR, 27 Julai : Saban tahun ISMA-Mesir menyediakan program khas buat ahli-ahlinya yang bakal pulang berkhidmat di tanah air. I-Medik Mesir yang merupakan salah sebuah agensi ISAM-Mesir ini sentiasa mengutamakan perihal kerjaya ahli-ahlinya. I-Medik Mesir telah mengambil peluang menganjurkan sebuah program khas buat ahli yang bakal menamatkan pengajian bersama dua orang doktor pakar dari Malaysia iaitu Dr. Mohamad Nor Sundari, Pakar Orthopedik di Kuantan Medical Center dan Dr. Hasbe Zuraina, Pakar Bius di Hospital Columbia, Setapak. Kedua-duanya merupakan peserta Misi Kemanusiaan ke Gaza yang disekat baru-baru ini.

Tujuan sesi perkongsian ini sedikit sebanyak adalah untuk memberikan pendedahan awal mengenai bidang pekerjaan doktor kepada para bakal doktor. Perkongsian selama 2 jam itu menekankan beberapa noktah penting. Dr. Mohamad Nor Sundari menekankan kepada para peserta supaya menanam sedari awal minat serta azam untuk menyertai misi-misi kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam atau peperangan seperti di Gaza. Beliau mengatakan para pelajar seharusnya memanfaatkan peluang berapa di luar negara ini untuk mendalami bidang selain medik.

IMG-20140726-WA0011

Dr. Hazbe Zuraina mengatakan tempoh housemanship (HO) merupakan medan pembelajaran yang sebenar dan di situ jugalah seharusnya para doktor pelatih belajar serta bertanyakan segala persoalan yang perlu untuk difahami. Selain itu, beliau juga berkongsi tips mengenai perihal rumah tangga dalam karier seorang doktor.

ISMA-Mesir menyeru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi terutamanya kepada ahli ISMA-Mesir sendiri agar dapat sentiasa meningkatkan kualiti dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Adalah menjadi keperluan bagi seorang muslim itu mendalami bidang yang diceburinya.

Seperti hadis sabda Nabi S.A.W dalam hadis riwayat Imam Tabrani:

ان الله يحب إذا عمل احدكم عمﻻ ان يتقنه

Ertinya: Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang melakukan pekerjaan, untuk melakukannya dengan itqan.

Wartawan:Nur Liza

Comments

comments

Comments are closed.