Tragedi Ramadhan

13219711872

KAHERAH, 18 Julai:

“ Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati ” – Surah al-‘Imran: ayat 185.

Kaherah telah digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar. Mahasiswi yang bernama Gusti Rahma Yeni telah pulang ke rahmatullah pada jam 11 malam 17 Julai. Almarhumah yang berasal dari Indonesia sedang dalam perjalanan menemani kawannya untuk berjumpa dengan suaminya.

Mereka berdua menumpangi sebuah van yang turut dnaiki 3 orang pemuda Mesir dari masjid menuju ke Makrom Abid Madinah an-Nasr.Van tersebut kemudiannya membelok ke arah belakang Masjid As-Salam arah Tubromli. Setelah mengetahui bahawa van telah tersasar dari tempat yang dituju, mereka mengesyaki van yang dinaiki adalah komplot perompak.

Almarhumah telah meloncat keluar dari van tersebut ketika van bergerak laju demi menyelamatkan diri dari perompak tersebut. Beliau mengambil keputusan drastik itu apabila melihat kawannya dicederakan dengan pisau dan beberapa saat kemudian kawannya dilemparkan keluar dari van tersebut.
Almarhumah kemungkinan mengalami trauma yang serius di kepala apabila kepalanya terseret ketika beliau meloncat keluar dari van tersebut. Ini menyebabkan beliau tidak dapat diselamatkan lagi dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Semoga roh almarhumah berada di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga almarhumah atas pemergian beliau dan semoga tabah menerima musibah ini.

ISMA Mesir menyeru para mahasiswi terutamanya untuk lebih menjaga keselamatan diri dengan memilih van yang dinaiki ramai penumpang wanita. Elakkan menaiki van yang mempunyai penumpang lelaki sahaja. Mahasiswi juga dinasihatkan agar lebih mengambil berat tentang penggunaan musyrif demi keselamatan diri.

Wartawan: Kautsar Mohd Zahari

Comments

comments

Comments are closed.